Photobucket
Shaa Shamsuddin
Ini Kisah Hidup Dunia Persekolahankuuuu...........

Saturday, December 8, 2012 @ 20:45 | 5 Comment [s]


Entry ni, entry yang sangat panjang. Aku jujur, ia sangat panjang. So, siapa yang tak larat nak mengadap ini semua, harap beralih dari entry ni. Tapi entry ini kalau korang baca, korang akan kenal segala kenangan yang ada pernah korang alami masa zaman persekolahan. I bet it.
Aku dalam kelas annoying. I mean, sangat. Setiap hari mesti aku ada bertekak dengan budak kelas aku. Sebab aku bertekak? Semua sebab yang entah pape je. Is like macam aku cakap yes. Then ada cakap no. Aku tak puas hati. Dia pun tak. Mulalah sesi bertekak. So, sebab itulah. Boring? Tak boring pun. Itu Cuma gurau antara kawan kelas je. At the end, masing-masing baik jugak and mula start mengejek balik. Orang cakap, what a life without friends. Kan? So, korang 5 Komoditi, if tak puas hati. Meh jumpa bergaduh lagi dengan aku. Nanti lepas gaduh, kita membahan pulak. At last, kita gelak.


Seriously, alam persekolahan ni banyak ajar aku erti grow up to be a better person.
Kenapa?

Dekat sekolah lah aku start belajar baca ABC until Z. Then 123 until 10. Macam mana nak tambah tolak darab bahagi nombor. Macam mana nak menulis. Banyak sangat yang aku belajar yang kalau aku listkan, tak akan terbaca pun korang. Dekat sekolah jugak aku banyak kenal orang. Aku start belajar erti ni semua bermula dari aku 4 tahun. My mom and dad hantar aku masuk tabika islam dekat kajang. Masa ni, aku tak ingat pape kecuali aku ingat aku pakai tudung and im look like Chinese girl who wore hijab. Then 6 tahun aku pindah and aku masuk tabika perpaduan.



Tabika tu dekat Kuala Kangsar, Perak. Aku ni dari kecik dah well known suka buli orang. Aku buli cousins’ aku sampai dorang nangis panggil ‘mak mak’. Kena marah tak? Of course nope. Makcik aku semua okay je. Back to tabika. Aku kenal ramai orang and we’re friend until now. Dulu dekat tabika, aku suka bergaduh dengan budak nama auni aida ni. Setiap hari wajib okay kita orang bergaduh. I call her singa sebab dia garang. Tapi, time tabika je. Dah besar ni, tak lagi. Banyak kenangan aku masa time tabika ni. Aku menari dengan kawan-kawan and cousin. Buat persembahan. Banyak sangat kenangan. Aku rindu tabika. Kalau dapat flash back masa, aku nak tengok diri aku time ni. Mesti berhingus-hingus lagi time ni. Main kejar-kejar sape dapat kalah. Tak terkata lah happynya dunia bila dapat tangkap orang buat orang tu kalah. Macm dunia tu kita punya time tu. Balik rumah hidung berdara-darah. Mama ambil dekat tadika sambil membonceng aku dengan 2 orang lagi adik aku. Kadang-kadang angkut sekali auni and azira. Aku pun ada kawan baik. Nama dia Nor, Amirul, cousins aku. Yang selebihnya aku tak ingat nama dah. Dengan kawan ni lah main kahwin lah, tepek-tepek plastecin apa entah tuh dekat muka tangan apalah.  Seronok je bila ingat.
Masuk darjah 1, aku tak selalu dapat low mark untuk bahasa melayu. English pulak yang highest mark. Aku ingat lagi, one day tu cikgu kelas aku siapa entah nama dah tak ingat, dia jumpa ayah aku. Dia cakap kenapa aku English bagus tapi bahasa melayu tak. Alah, soalan exam darjah 1. Setakat eja book, teacher, sister etc. tuh siapa pun tahu kalau dia belajar masa cikgu ajar. Aku pun tak tahu kenapa bahasa melayu aku tak bagus. Sampai sekarang tak bagus. English aku tak lah bagus pun. Tapi aku minat. Seriously aku takpernah nak speaking apa ke. Aku malu nak speaking. Sampai sekarang aku malu. Cara aku belajar English dari dulu lagi is by dictionary. Aku tak ada baca buku omputeh kea pa. aku tengok cartoon, dengar orang speaking and selak-selak paper je. Itu cara aku belajar English. Then ayah aku akan ajar aku English. Itu je lah. Aku tak pergo kumon smart reader apa bagai tu semua.



Aku sekolah dekat Perak sampai darjah 4 je. Tapi banyak jugak kenangannya. Kejap aku naik kelas pertama then turun kedua. Macam-macam lah. Aku bergaduh dengan ketua kelas masa darjah 4 lah. Nama dia azfar. Aku geram sebab dia ni lembut sangat. Hahaha. Aku pun gaduhlah dengan dia. Tapi bila dia mengamuk, aku lari cari cousin aku. Azira namanya. Dia sebaya dengan aku. Dia pun gangter macam aku. So apa pun aku mintak tolong dari dia. Aku menyorok belakang azira bila dia ketuk si azfar tu. Azira cakap azfar sekarang dah kuat dah. Aku tak tahu. Dah lebih 7 tahun tak jumpa dia. Kalau aku balik Perak pun, aku habiskan masa duduk rumah borak makan dengan cousin-cousin aku je. Tak keluar pun jumpa kawan lama walaupun dia orang cakap nak jumpa. Secara jujur, aku tak ingat dah nama kawan aku. Rupa pun aku tak cam. Sorry sangat korang. Tapi aku tak lupa korang tu semua kawan aku zaman aku berhingus dulu.
Masa aku darjah 3 and 4, aku masuk kelas bahasa Cina. Setiap hari selasa tak silap aku cikgu dari sekolah Cina dating sekolah aku mengajar bahasa Cina. 2 tahun aku belajar bahasa Cina ni. Seronok sangat. Aku dapat jumpa cikgu Cina yang super cantik tuh and dapat hadiah dari dia setiap kali jawab soalan. Bila ujian je, aku dapat markah 95% keatas. Dapat lagi hadiah dari cikgu. Setiap kali aku ada kelas, mak aku akan tunggu aku dekat sekolah agama sebelah sekolah aku tu sambil borak dengan owner kantin a.k.a kawan dia and kawan mak aku yang tunggu anak dia orang habis kelas bahasa Cina. Mak aku mesti bawa bekal nasi dekat aku. Lauk semua favourite aku. Habis kelas mesti aku duduk sekejap dekat sekolah agama tu untuk makan bekal yang mak aku bawak. Dah siap makan, aku dengan mak aku balik rumah. Pukul 2 setengah aku dah siap-siap nak pergi sekolah agama yang mak aku tunggu aku tadi. Aku nak pergi belajar agama lah. Dengan gagahnya aku bawak basikal pergi sekolah. Tak jauh pun rumah aku dengan sekolah. About 1-2 km je. Ada lah satu hari ni dekat sekolah agama ni, jari aku belah kanan tersepit dekat pintu kelas. Ini semua angkara budak lelaki kelas aku. Aku tak ingat siapa dia. So, aku balik rumah dengan tangan berdarah. Aku kayuh basikal sambil menangis. Dekat rumah cover tangan tak nak mama tahu. Tapi at last dia tahu jugak sebab tengok aku sakit.



Sumpah aku cakap, aku membesar di Perak tu adalah kenangan yang paling aku tak lupa.






Aku pindah ke Bukit Beruntung masa habis sekolah darjah 4 tu. Sedih sangat. So, aku pun tinggal dengan mak cik aku sampai nak bukak sekolah darjah 5 tu.

Masuk darjah 5. Rasa awkward sangat. Aku tak kenal siapa pun. Ayah aku sanggup tunggu aku sampai rehat masa first day sekolah aku. Dia lah yang ajar aku beli makanan tapi aku tetap tak nak beli sebab bagi aku sekolah tu ramai orang yang pelik. Haha kelakar kan. Last-last, ayah aku lah yang belikan makanan aku. Aku tak banyak ingat masa aku sekolah trendah dekat bukit beruntung ni. Aku Cuma ingat, aku pernah dilepmpang oleh cikgu dengan bestfriend aku masa standard 6. Sebab apa? Sebab cikgu tu geram dekat kelas lain dan aku dengan kawan aku buat hal. Kita orang lupa bawa kertas math yang dia nak bincang haritu. Malu oh. Tapi rilek lg. classmate aku time tu semua sporting. Dia orang buat tak jadi pape. Senang cakap, dia orang tak ada perasaan. Aku kelas kedua dari 10 kelas. Tergolong dalam kelas yang pandai. Masing-masing tahu belajar and bersukan je. Lain tu, buat tak tahu je. Then aku ingat lagi aku dengan kelas 6 Amanah and adalah beberapa students dari kelas lain diamanahkan buat ‘Rumah Hantu’ masa Hari Kantin. It was fun. Aku pun pernah kena denda dengan best friends aku berddiri deat depan perhimpunan depan orang ramai sebab bercakap. Lepas perhimpunan tu, aku dengan yang lain kena denda kutip sampah dekat kawasan sekolah pulak. Kelakar sangat time tu. Semua tunduk kepala sebab malu. Hahahaha. Masa darjah 6, aku ada minat seorang budak ni. Aku tak akan bagi tahu siapa. Dia kawan aku. Setiap kali budak tu lalu kelas aku je, aku mesti tengok dia je. And aku akan ckap dekat best friend aku, ‘Ahhhhhhhhhhhhhh handsomenyaaaaaaaaaaaaaaaaa dia weh.’ Dekat sekolah tu jugak aku kenal Johan. Dia lah pakweeeeeeeeeeeeeeee kite sekarang hihi. Time tu kenal dia tapi tak ada lah bercakap dengan dia. Johan budak bola. So, dunia dia cuma dengan kawan n bola je. Aku pun tak ada rasa nak rapat sangat dengan dia. Time tu dia ada girlfriend. Tapi kita orang adalah text and call each other. Tapi memang tak rapat langsung. 




Masuk sekolah menengah.
Banyak dugaan. Banyak suka banyak duka. Sama rata je semuanya. Dekt lower form ni, aku pernah bergaduh besar dengan kawan aku. Kalau kau baca ni, just let you know. I miss you friend. Dah lama kau tak Tanya khabar aku. Aku tahu kau happy dengan hidup kau dekat asrama sana. Aku doakan kau.
Dari form 1 sampai form 2, aku active main softball. Aku pun pernah dapat kehadiran penuh masa form 2. Aku memang setiap hari aku. Aku tak suka duduk rumah. Aku ada kawan laki yang namanya Alan. Dia macam abang aku time tu. Selalu lah aku dengan Peah, Farah, Wani, Alan ni and kawan lain main tarik-tarik hidung. Alan suka tarik hidung orang sampai boleh menangis sebab sakit. Aku pernah buat deal dengan dia. NO COUPLE sampai habis sekolah. Tapi at the end, tak berguna pun deal kita orang tu. Dia pergi couple dengan Farah. Sweet sangat dia orang berdua. Aku tak bolehlah nak main tarik hidung or duduk borak dengan Alan lagi. Tak nak lah kacau hubungan orang. Aku berkawan macam biasa. Time sekolah menengah ni, ada jugak yang minat dekat aku. Jangan cakap aku perasan. Aku cuma share apa yang pernah terjadi dalam hidup aku. Budak laki ni puas ambil hati aku. Tapi entah, tak terbuka pun hati untuk sesiapa time tu. Aku just cakap, kita berkawan baik je. Alhamdulillah dia seorang yang memahami. Dia cakap dia tetap tunggu aku. Tapi maaf. Kita tak ada jodoh pun awak. Masa form 2 ni jugak aku dah start rapat dengan johan. Tapi cuma kawan baik sahaja. Dia ada girlfriend time tu and aku ada boyfriend. Well, zaman hingusan nak membesar. Perasaan nak ber’couple’ mesti ada. Setiap hari bila johan datang sekolah, aku akan balik sama dengan dia. Johan suka ponteng. Dia duduk rumah for no reason. Tapi kadang-kadang dia akan jemput aku. Tak faham kenapa dia buat macam tu sedangkan dia dah ada girlfriend. Dia jemput aku bawak adik dia sekali. Comel sangat. Masuk form 3 lagi aku rapat dengan johan. Johan share cerita macam-macam dengan aku. Tapi dia tak pernah bagi tahu aku dia dah tak ada girlfriend apa ke. Aku akan tahu sendiri. Entah kenapa dia buat macam tu pun aku tak tahu. Yang aku pulak selalu cerita pasal boyfriend dekat dia sampai break pun johan yang tolong aku. Tapi at last, bulan 4 tahun 2010, we are officially in a relationship until now.





High School.
Aku dapat masuk kelas KOMODITI. Semua students dalam tu aku kenal. So can get along lah kalau ada pape. And komoditi ni adalah kelas paling bising sekali. Lelaki perempuan kuat berborak hahaha . Tp kita orang tahu the limit . Masa form 4 tu pernahlah buat drama kelas and know what. Im the director bebeh hahahaha. Semua kawan aku dalam kelas pilih. Sebab diaorang cakap aku garang. Hahahah alasan tak munasabah. Hasil aku direct, dapatlah tempat ke-3 dalam peringkat sekolah. Seriously it was fun. Setiap hari berlatih stay sekolah sampai petang nak siapkan prop. Main kejar-kejar dengan bantal ular. Classmates pun semua sporting. Iftar sesama dalam bulan puasa. Share makanan kalau bawa bekal. Pinjam duit seposen dua posen. Tak perlu ganti pun. Hahahaha. Masuk form 5 masing-masing semua berubah. Kurang lagi main, tidur dalam kelas and more serious. Tp aku............. Aku akan rasa boring bila kelas economy. Sbb apa? Sbb syllabus economy form 5 susah. Nak kena ingat apa deposit semasa, tabungan, tetap. Lepas tuh kenal hafal imbangan dgangan, pertukaraan asing, wang, bank, sekatan perdagangan macam-macam lagi lah. So aku ambil jalan dengan tidur sahaja. Nasib baik asal exam je, result economy aku agak okay.
Ada pernah satu hari aku bergaduh dengan classmate aku sb dia tetttttttttttttttt tak boleh bagitahu. Tapi aku tak ada lah marah lama sangat pun. Seminggu cukuplah hahaha. Trial SPM makin dekat. Semua sibuk study especially subject math and economy. Aku pulak sibuk dengan majalah. Nak kena siapkan before trial. Mmg dugaan lah orang lain sibuk belajar, aku kena mengadap photoshop dekat laptop dari balik sekolah sampai malam. So aku dapat bukak buku hanya few hours jea before get sleep. Letih mmg letih. Tp seronok. Before puasa, kelas aku semua shock bila dapat tahu one of our classmates accident. Almost sebulan dia coma. And dekat sekolah aku asyik dengar kawan aku sedih sbb dia coma. Tp oleh sebab semangat Muizz yang kuat, dia sembuh and ambil SPM. Budak lelaki kelas aku akan datang rumah muuzz ajar dia apa yang kita orang belajar dekat sekolah. Tak ada erti kedekut ilmu. Semua akan share kalau masing-masing tahu.
Result Trial SPM aku boleh tahanlah. Alhamdulillah tak ada gagal. Aku kutip A, B and C je. After trial aku relax2 kejap . Sbb aku penat struggle masa trial. Beberapa hari before SPM, sekolah akan buat bengkel pecutan akhir. And mmg wajib pergi. So aku tak pernah miss lagi-lagi bengkel math. Seronok bila satu form 5 berkumpul and then duduk ramai-ramai buat soalan yang cikgu bagi. Masuk high school ni, aku rapat sangat dengan Aryna Monster and Ilia Hulk. Kita orang suka main hide and seek. Adalah one day tengah jalan bertiga, aku and aryna cepat-cepat lari menyorok dari fatin. Kita orang nampak dia tengah bercakap sorang. Dia ingatkan kita orang ada dekat belakang dengar dia cakap. Tengok2 orang lain. Its was fun. Sangat banyak kenangan. 
SPM........... Kami habiskan dengan separuh hati tenang dan separuh lagi risau dengan result akan datang.
Now............
Semua dah jadi Batch 95's dan bukan lagi 2012 SPM Candidates. We are free now. Tp bukan satu perkara yang menggembirakan sebab semua akan terpisah. Sedih sangat untuk habiskan sekolah sebenarnya. Tapi inilah realiti. Harap persahabatan akan kekal sampai bila-bila pun. Aku doakan wahai kawan ku yang aku kenal and yang kenal aku, semoga berjaya dalam hidup :)
*Aku dah pernah merasa jadi pengawas sekolah agama, pengawas pusat sumber, ketua penolong tingkata, ajk sidang redaksi, ketua typist sidang redaksi, ketua grafik majalah sekolah, ketua keceriaan, kebersihan. Macam-macam dah aku merasa. Terima Kasih Sekolah <3 p="p">















Older Post | Newer Post


Navigations

Diary About Site



Click This


The Credits!


Template by : Atira Natasya
Basecode by : Nurynn
&Farisyaa Awayy
Header By: Aryna Amalina
Full Edited : Shaa Shamsuddin

Best View in CHROME